expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday 14 January 2013

Haiwan jilat ais untuk sejukkan badan
























SEKETUL ais dijilat seekor lemur.


ROM, Itali - Haiwan-haiwan di Zoo Bioparco di sini diberikan ais pelbagai perisa untuk dijilat bagi menyejukkan badan semasa cuaca terlalu panas.


Beberapa ekor harimau dan singa diberikan ais pelbagai perisa itu manakala monyet mendapat buah-buahan dan tembikai sejuk.


Menurut seorang kakitangan zoo dalam satu kenyataan, para pekerja berusaha untuk membantu 1,000 ekor haiwan untuk menghadapi cuaca panas kerana suhu meningkat hampir 40 darjah Celsius.


Harimau dan singa itu diberikan ketulan ais pelbagai perisa yang besar. - AFP

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com